? ??????????????Love Is Strange? ????? ?? ???Rating: 4.4 (34 Ratings)??97 Grabs Today. 50847 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.4 (24 Ratings)??55 Grabs Today. 18869 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, February 15, 2010

Hati yang menjauh

Dalam meniti hidup ini, seseorang tak akan lari dari ujian dan cabaran yang mendatang. Bagi orang-orang yang sabar, ia akan mendapat ganjaran yang hebat disisi pengujinya...

Semoga Allah berikan aku kekuatan dan ketabahan secara terus-menerus agar aku tidak mudah mengalah dan melatah sehingga aku mengulangi kesilapan dulu yang tak mungkin dapat dimaafkan.

Tuhanku, pada sapa lagi dapat aku luahkan isi hati ini? Aku benar-benar kaget. Aku terasa bagai terlalu mentah untuk menghadapi hidup ini namun aku sendiri tidak sedar bahawa aku sudah menghampiri angka 25 tahun tak lama lagi. Aku berasakan kesedihan ini kadangkala terlalu mencengkam jiwa. Sehingga apa-apa yang aku lakukan serba tidak kena. Tuhan, mungkin adalah kerana iman ku yang terlalu rapuh ini membuatkan aku lemah menjalani ujian Mu ini.

Tuhanku, sudikah Engkau mendengar luahan hatiku ini...pada siapa harus aku luahkan...sudikah dikau Tuhan....

kubimbangi seandainya tiada lagi buatku hari bernama esok....

Lembutkan hatiku Tuhan.......

Ya Latiff....ya latiff....ya latiff....ya latiff...Allah Ya Latiff....Latiff....anta Allah....maujud La illahaillallah....

Tuhan, tolong lembutkan hatiku yang semakin mengeras ini. Jiwa yang semakin jauh dengan ruh Mu. Aku telah melakukan banyak perkara dosa kerana aku leka dengan nikmat dunia. sejak akhir-akhir ni selalu solat diakhir waktu. mengapa ini terjadi? dimana halawatul iman yang sepatutnya menjadi santapan rohaniku disaat-saat ini....qiraatil quran?lama dah tak amal. kadang-kala aku terkenang, penat sangatkah menjadi seorang guru? dengan gaji RM70 sehari. balik pun awal pukul 2.00 dah cabut. dimana penatnya? dibandingkan dengan kerja sebagai seorang pelayan restoran yang hanya dibayar rm25 sehari plus waktu kerja 12 jam berdiri tanpa henti. penat tuh. jadi, dimana penatnya seorang guru? aku confuse...

dan ini seriusly telah membuatkan aku terkena balasan sampingan mencuaikan hak dan perintah Tuhan sebagai khalifah dimuka bumi nih. iaitu tiada ketenangan dan kedamaian yang aku kecapi saat ini. aku sentiasa dilanda resah gelisah, bimbang dan takut. entah mengapa aku rasa sangat jauh dengan rahmat Allah. kerana itu aku mohon secebis ihsan dariMu Tuhan....amuni daku...kasihi aku...sebagai makhlukMu yang lemah dan tiada berdaya ini....walau jasadku kuat, hebat dan berkemampuan, namun rohaniku sengsara kerana tercari-cari sakinah, mawadah wa rahmah itu.

Tuhan bantu aku, pimpinlah daku menuju siratMu...menuju redhaMu....

Friday, February 12, 2010

Hanya ada 3 hari saja lagi....

Ya, 3 hari je lagi untuk aku mengajar di SKL. Di sekolah tadi, tiba-tiba hatiku sayu tatkala memandang wajah anak-anak muridku seorang demi seorang walaupun hari ni kelas Tahun 1 Saturn kene denda ngan aku sebab tak bawak buku Iqra' 1. Aku mengamuk denda dorang berdiri sampai balik. ada la dalam 45 minit gak dorang kena berdiri. Niat aku cuma nak bagi dorang take serius apa yang aku arahkan. Tak lebih dari itu.. Lebih dari itu hanyalah kasih sayang aku yang sudah bercambah sekian lama terhadap mereka.

Hampir aku menangis dalam sedu melihat anak-anak muridku tadi. Kerana mereka sangat kecil, comel dan manja. sangat manja...........huhuhu mula dah ni nak nangis.... Namun beginilah adat dunia. Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan.......

Aku pasti akan merindui mereka...pasti...akan teringat wajah-wajah jernih yang suci tanpa dosa seperti kain putih yang belum tercorak. Tuhan, tabahkanlah hatiku untuk melepaskan mereka dari pelukanku.....

By the way, esok nak ke JB ziarah ummi. Tumpang tido semalam. Dah bagi tau abang tadi, nasib baik abang takde kat rumah sekarang. Kalau tak segan jugak. Tapi kalau ada pon, akanku pegi jugak dengan niat ziarah ummi. Dah 2 kali ummi masuk wad, aku sekali pon tak pernah ziarah. Takpelah, kali ni aku niatkan menziarahi pesakit....lagipun bukan sapa2 pun...ummi aku jugak.....

Alam Pertunangan yang penuh cabaran

Maafkan sayang ye abang, if sayang tak memahami abang. Abang senyap, sayang pun terpaksa senyap. Seakan tiada jalan penyelesaian jika terus senyap begini. Rupanya jiwa abang terlalu sensitif dan lembut orangnya. Maafkan sayang kerana sayang ni kasar orangnya. (Pas ni kena belajar jadi isteri yang sopan santun, lemah-lembut dan baik)

Dan aku merasa setiap saat yang berlalu adalah cabaran. Entah kenapa hidup ini penuh dengan cabaran. (kalau nak senang, tak payahlah bergelar manusia a.k.a Mukmin)

Friday, January 15, 2010

Masalah yang aku tak reti nak selesaikan

Pagi-pagi tadi aku dah kena masuk mengajar budak darjah 2. masa aku masuk kelas, ada 2 orang budak pengawas yang berpakaian sekolah warna biru tercegat kat depan pintu. aku pun pegi kat dorang. aku cakap "ye, nak ape?" budak-budak tu pon tunjuk kat sebalik pintu tu. rupa-rupanya ada seorang anak murid lelaki aku tengah menangis kat belakang pintu. aku tanya la dorang, "kenape ni?" dorang pun jawab, "tak tahu kenapa ustazah. cikgu zahardi suruh kami bawak die balik ke kelas lepas perhimpunan tadi." aku pon mengangguk tanda faham. lepas ucapkan terima kasih kat budak2 pengawas tu, aku pun tanya kat budak lelaki tu, "iman, kenapa ni?" aku sebut nama dia sebab aku nampak nametag dia. dia senyap tak jawab. tapi dengar bunyi nangis manja2 gitu.huhuhu...isk..isk...gitulah lebihkurang. geli ati pulak aku. hehehe...aku tanya lagi, "duit ilang ke?mak marah ke?cikgu pukul ke?," sume tekaan aku salah. akhirnya aku tanya, " nak balik umah ye?" dia pun angguk cepat2 sambil cakap " rindu kat mak...." alahai, kes2 macam ni aku dah mati kutu. tak tahu nak pujuk dia macam mane lagi. aku pun pancing dia, "okey, nanti lepas kelas ustazah bagi kamu telefon mak. nak?" dia pun angguk pastu terus masuk kelas. tu pun aku tarik dia jugak suh masuk. kalau tak mesti terencat PnP aku harini dek nak menengok dia sorang yo.

Sepanjang kelas berlangsung, iman hanya menekupkan kepalanya diatas meja. dia langsung tak bangun-bangun sejak masuk kelas. aku diam je la. tak tahu nak buat ape. huh....naifnya aku sebagai seorang guru....dalam hati aku bertekad nak tanya keadaan dia sebelum balik nanti. namun, dah sampai rumah baru aku teringat.hehehe...

Masa aku tengah siapkan buku Rancangan Mengajar kat sekolah tadi, ade satu halaman yang aku tersalah tulis. so, aku pun koyak la halaman tu. prakkkk....macam tulah bunyi die. tiba-tiba kak ana yang duk sebelah aku merangkap guru pembimbing aku terus serbu kat aku. "zila, ya Allah kenapa koyak ni? tak boleh ni.alamak...kesiannya adik aku ni. macammane nak buat ni..." aku pun dengar die cakap macam tu aku dah gabra giler punyer. kak ana pun pergi kat sorang kakak kat meja seberang bawak skali halaman yang aku koyak tadi tanya macammane nak buat aku dah terkoyak. main reason die cemas sangat sebab guru besar marah nanti kalau ternampak masa nak menanda buku RM aku tu. kakak kat seberang meja aku tu pun relek je cakap. "takpelah, dah terkoyak. bersihkan buktinya" sempoi je jawapan die. kak ana pun tunjuk muka lega. tapi aku still terkulat-kulat masih terkejut dengan kecemasan yang kak ana tunjuk tadi. huhuhu

Itulah kisah aku yang terjadi hari ni...penuh dengan warna2 pelangi...by the way i miss my "abang" so much....


Wednesday, January 13, 2010

Guru Ganti kat Sek Keb Lukut, PD

Alhamdulillah, aku dipanggil sebagai guru ganti bagi guru Pen. Islam yang bersalin untuk tempoh lebih kurang 2 bln. Paling best kene ngajar budak tahun 1, 2 dan 3. Tapi mencabar beb. Tak takut kat aku langsung. mentang-mentanglah aku ni tak garang. tak marah-marah, baik je ngan dorang, dorang buat bising tahap maksima punya. sampai ada cikgu datang tengok apasal la kelas aku nih bising sangat. huh, sabar je lah. aku tengah cari jalan ni, macammana nak tarik perhatian budak-budak ni waktu aku mengajar. anyway aku belom lagi lah cari formula-formula psikologi untuk tundukkan budak-budak ni. kecik lagipun. blurr aku.

Memang aku dah ada experienced mengajar budak sekolah. tapi budak sekolah menengah. walaupun asasnya sama, tapi budak sekolah menengah nih ikut cakap sikit kalau kita buat kawan ngan dorang. tapi kalau budak sekolah rendah, lagi-lagi yang darjah 1,2,3 nih. tak ke haru kalau buat kawan? dah boleh jadik anak aku tau kalau aku kawen muda dulu lah.hahahahahaha

tapi they are all still make me sense that i'm important.terharu beb. first day aku masuk mengajar hari tu, aku demam, selesema dan batuk. budak-budak ni siap tanya lagi "ustazah demam ye?" aku senyum je lah. dalam hati dah sebak. budak-budak pun reti nak manjakan cikgunya. rasa manja betol ngan anak murid. hehehe menjadikan aku lebih semangat nak datang sekolah mengajar. bile dah baik demam, suara aku dah tak sengau lagi, tak batuk lagi, budak-budak tanya "ustazah dah tak demam lagi?" aduhh, aku rasa bagai bunga yang kembang seri. rasa best jadik guru untuk budak-budak nih. feel like u're really get the attention.

aku yang dah tua ni pon suka bila dimanja-manja. apatah lagi budak-budak yang baru nak kenal dunia tuh. lagilah perlu kita beri perhatian. tapi aku takut gak kalau terlebih bagi perhatian, ibarat kita mencurah minyak kat api. eh, betol ke peribahasa aku nih.hehehe sebab tu aku tengah berusaha mengumpul sebanyak pengalaman yang boleh untuk aku jadikan panduan dan bimbingan bila bergelar guru yang sah nanti. disamping tu aku boleh mengenal psikologi anak-anak kalau diizinkan Allah bile bergelar ibu nanti.